Sunday, 22 December 2013
Sunday, 27 October 2013
Bajet2014 Bertanggungjawab Dan Renponsif Terhadap Keluhan Rakyat - Syaiful Rizal
Bajet 2014 merupakan bajet yang bertanggungjawab dan responsif terhadap keluhan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, tindakan pembangkang yang menuduh Bajet 2014 sebagai bajet yang menghukum rakyat dan sebagainya memang sudah diduga kerana mereka hanya ingin meracuni pemikiran rakyat.
“Insentif pembinaan rumah mampu milik dan inisiatif kerajaan untuk mengekang kegiatan speculator hartanah disambut baik Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru memandangkan isu pemilihan rumah adalah isu yang cukup menekan golongan muda dalam Bandar seperti di Johor Bahru ini.
Dalam masa yang sama, peningkatan BR1M yang akan turut dinikmati oleh isi rumah berpendapatan antara RM 3ribu hingga RM4ribu serta pelepasan cukai RM2ribu bagi pendapatan RM4ribu hingga RM8ribu turut melegakan golongan pertengahan yang selama ini tidak banyak diberikan perhatian dan pembelaan,” ujarnya mengulas tindakan pihak pembangkang yang menidakkan Bajet 2014 dengan menuduh ianya bajet menghukum rakyat.
Tambahnya, tiada apa yang baik di mata pembangkang. Jika bajet yg dibuat sarat dengan subsidi dan inisiatif untuk membantu rakyat maka, ia pasti akan dilabel sebagai Bajet Gula-gula
“Begitu juga sebaliknya, jika bajet lebih kpd mengukuhkan asas ekonomi dan mendisiplinkan rakyat melalui belanjawan berhemah ia akan dilabel sebagai menghukum rakyat.
Pemuda UMNO Johor Bahru kesal dengan sikap pembangkang yang hanya berminat meraih keuntungan politik daripada bergandingan bahu dengan kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi.
Wednesday, 16 October 2013
Syaiful ikrar kukuh perpaduan Pemuda JB
JOHOR BAHRU 14 Okt. - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang
baharu, Syaiful Rizal Abdul Ghani, 39, berikrar mahu memastikan perpaduan
sekali gus merapatkan saf dalam kalangan ahli pergerakan berkenaan.
Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Pemuda UMNO bahagian
menyifatkan kemenangan itu sebagai tanggungjawab yang perlu digalas terutama
dalam usaha mempersiap sayap berkenaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Syaiful Rizal yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah
syarikat swasta juga mahu meneruskan usaha menarik lebih ramai golongan muda
menyertai parti keramat Melayu itu dengan menggerakkan Pemuda bahagian secara
aktif bagi tujuan tersebut.
"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan yang jelas mandat
sudah diberikan kepada saya, sekali gus akan memegang amanah tersebut dengan
perkara pertama adalah untuk merapatkan saf untuk menjalankan kerjasama lebih
erat.
"Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik sepanjang
bergelar Ketua Pemuda Bahagian," katanya selepas pengumuman rasmi sayap
Pemuda bahagian itu di Dewan Seri Tebrau, di sini malam semalam.
Dalam pemilihan itu, Syaiful Rizal memperoleh sebanyak 160 undi,
menewaskan tiga calon lain iaitu Nornekman Osman (88), Musbah Yusof (61) dan
Mohd. Tom Ghadafi Anwary (10).
Jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian itu pula dimenangi Khairul
Mohd. Amin (154) yang menewaskan Wan Saiful Bahri Wan Nawi (105) dan Azly
Suhaimi Abdullah (44).
Seramai 309 perwakilan daripada 67 cawangan mengundi untuk memilih
pemimpin sayap Pemuda bagi menerajui bahagian itu yang dikosong oleh Khalid
Mohamed yang telah melepasi had umur.
Sementara itu, jawatan Ketua Puteri dan Naib
Ketua Puteri bahagian itu dimenangi oleh Azura Mohd. Afandi dan Jamaeah Hashim
yang menang tanpa bertanding.
Sumber - Utusan Malaysia
Tuesday, 15 October 2013
Exco Baharu Pemuda UMNO Diajak Perkukuh Sayap
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin
mengajak anggota jawatankuasa pergerakan itu yang baharu dipilih agar
bersama-samanya memperkukuh sayap Pemuda berlandaskan ideologi progresif.
Katanya bakti yang ditabur kepada rakyat juga harus dilakukan
dengan jujur dan ikhlas.
“Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak oleh rakyat.
Akhirnya rakyat juga yang bakal menentukan kepimpinan negara,” katanya menerusi
laman Facebook beliau hari ini.
Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mengundi beliau
sehingga berjaya mempertahankan jawatannya untuk meneraju sayap itu bagi
penggal baharu.
“Sokongan padu perwakilan di seluruh negara menginsafkan saya dan
membuatkan saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini. Ini
membuktikan perwakilan akar umbi menyokong agenda progresif dan politik
penyelesaian yang saya amalkan selama ini,” katanya.
Khairy berkata kejayaan itu juga merupakan satu manifestasi bahawa
sayap Pemuda utuh dan kekal bersatu.
“Saya yakin kesatuan ini akan memudahkan gerak kerja Pemuda dalam
mendekati dan menyakinkan generasi muda amnya,” katanya lagi.
Dalam pemilihan yang berlangsung Sabtu lepas, Khairy dicabar oleh
Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,Irwan Ambak Khalid
Izhar dan Abd Karim Ali bagi jawatan itu.
sumber: Pemuda
sumber: Pemuda
Subscribe to:
Posts (Atom)